MUKADDIMAH PENULIS
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب للعالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dengan nama Allah Yang amat Murah lagi amat Mengasihani hamba Nya mukmin dalam negeri akhirat jua.
Ku mulai membaca kitab ini , segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan rahmat Allah dan salam Nya atas penghulu kita Nabi Muhammad dan atas segala keluarganya dan sahabatnya sekalian.
أما بعد فهذه رسالة مشتملة على الفوائد التي لا بد منها السالك الصادق المجد في سيره إلى الله تعالى
Ertinya adapun kemudian dari itu ; maka ini suatu risalah yang menghimpunkan atas beberapa faedah yang tak dapat tiada[1] daripadanya orang yang menjalani jalan kepada Allah yang benar lagi bersungguh-sungguh ia pada berjalannya kepada Allah ta’ala itu.
كتبتها بلغة الجاوي تسهيلا على الفقراء التابعين طالبا من المولى الثواب المتين
Ku suratkan ia dengan bahasa jawi padahal aku memudahkan atas segala faqir[2] yang mengikut padahal menuntut pahala yang amat besar daripada Tuhan yang memerintahkan pekerjaanku.
وسميتها بعمدة المحتاجين في سلوك مسلك المفردين
Dan aku namai akan dia dengan nama ‘umdat al muhtajin fi suluk maslak al mufridin ; ertinya perpegangan segala mereka yang berkehendak kepada menjalani jalan orang yang menfanakan dirinya.
ونسأله سبحانه وتعالى أن ينفع بها الجميع وهو خير المسؤلين ومرجع الأولين والاخرين
Ertinya ; dan ku pohonkan kepada Allah subhanahu wa ta’ala bahawa dianugerahinya manfaat jua kerana dengan dia sekalian. Dan ia jua Tuhan yang sebaik-baik yang dipohonkan kepada Nya dan tempat rujuk segala mereka yang dahulu dan segala mereka yang kemudian.
KEWAJIPAN MENGENAL ALLAH
فنقول : الفائدة الأولى منها في بيان أول واجب على المكلفين وبيان ما يجب في حقه تعالى وما يستحيل عليه وما يجوز له جل وعز وما يجب في حق الرسل وما يستحيل عليهم وما يجوز لهم صلوات الله تعالى وسلامه عليهم أجمعين .
Maka kataku ; faedah yang pertama daripada segala faedah itu pada menyatakan pertama-tama wajib atas segala aqil baligh dan pada menyatakan barang yang wajib atas Haqq ta’ala dan barang yang mustahil ke atas Nya dan barang yang harus bagi Nya jalla wa ‘azza. Dan barang yang wajib pada hak segala rusul dan barang yang mustahil atas mereka itu dan barang yang harus bagi mereka itu; rahmat Allah dan sejahtera Nya atas mereka itu sekalian.
Bermula ; ketahui olehmu hai segala saudara yang hendak menjalani jalan kepada Allah, bahawa sungguhnya yang pertama-tama wajib orang yang akil baligh itu iaitu mentauhidkan Haqq subhanahu wa ta’ala. Ertinya membangsakan Haqq ta’ala kepada sifat wahdaniyyah dengan ikrarkan la ilaha illaLLah.
Dan kata setengah ulama’bahawa yang pertama-tama wajib itu iaitu makrifatuLLah. Maka adalah dua kata ini pada hukumnya satu jua, kerana dikehendaki oleh yang berkata pertama-tama wajib mentauhidkan jua itu; iaitu membangsakan Haqq ta’ala kepada sifat wahdaniyyah dengan kalimah la ilaha illaLLah yang mengandung makrifatuLLah ta’ala.
Maka wajiblah atas tiap – tiap yang akil baligh mengetahui barang yang wajib pada Haqq ta’ala dan yang mustahil atas Nya dan yang harus bagi Nya. Dan demikian lagi wajib pula atasnya mengetahui barang yang wajib pada hak segala rasuluLLah dan yang mustahil atas mereka itu dan yang harus bagi mereka itu yang terkandung sekalian itu pada kalimah la ilaha illaLLah Muhammad rasuluLLah yang lagi akan datang kenyataannya insya’ Allah ta’ala.
SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH
Adapun setengah daripada sifat yang wajib bagi Haqq ta’ala itu dua puluh sifat:-
Pertamanya: wujud ertinya ada,
Kedua : qadim ertinya sedia.
Ketiga : baqa’ ertinya kekal ,
Keempat : mukhalafatuhu lil hawadith ertinya bersalahan Ia dengan segala yang baharu.
Kelima : qiyamuhu ta’ala bi nafsih ertinya berdiri Ia dengan sendiri Nya.
Keenam : wahdaniyyah ertinya esa,
Ketujuh : qudrat ertinya kuasa,
Kedelapan : iradat ertinya berkehendak,
Kesembilan : ‘ilmu ertinya tahu ,
Kesepuluh : hayat ertinya hidup.
Kesebelas : sama’ ertinya mendengar,
kedua belas : basar ertinya melihat
ketiga belas : kalam ertinya berkata.
Keempat belas : qadir ertinya yang kuasa.
Kelima belas : murid ertinya yang berkehendak.
Keenam belas : a’lim ertinya ertinya yang tahu.
Ketujuh belas : hayyun ertinya yang hidup.
Kelapan belas : sami’ yang mendengar.
Kesembilan belas : basir ertinya yang melihat.
Kedua puluh : mutakallim ertinya yang berkata-kata.
Maka inilah dua puluh sifat yang wajib bagi Haqq ta’ala, maka segala sifat yang tersebut itu sekaliannya terbahagi ia kepada empat bahagi :-
Pertama : sifat nafsiah namanya iaitu wujud.
Kedua : sifat salbiyyah namanya iaitu lima kemudian daripada sifat wujud itu yakni daripada qidam datang kepada sifat wahdaniyyah.
Ketiga : sifat ma’aniy namanya iaitu tujuh yang kemudian daripada sifat salbiyyah yang tersebut itu ; yakni daripada sifat qudrat datang kepada sifat kalam.
Keempat : sifat ma’nawiyyah namanya iaitu tujuh yang kemudian daripada sifat ma’aniy yang tersebut itu; yakni daripada sifat qadir datang ke sifat mutakallim. Wallahu’alam.
Ad akitab umdarul muhtajin versi lengkapnya ustadz?
ReplyDelete